Thursday 26 July 2012

Ujian dan Penilaian

A) Soalan Objektif

1. Apakah nama Madinah sebelum tahun 622 M.?

A. Taif
B. Syam
C. Yathrib
D. Madain


2. Antara yang berikut, yang manakah janji orang Arab Madinah kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perjanjian Aqabah Pertama?

I. Beriman kepada Allah dan Rasul.
II. Taat setia kepada Rasulullah sepenuhnya.
III. Sanggup berperang dengan orang Arab Quraisy.
IV. Tidak melakukan amalan-amalan jahiliah.

A. I,II dan III.
B. I,II dan IV
C. I,III dan IV
D. II,III dan IV.


3. Apakah faktor yang menyebabkan orang Islam Makkah berhijrah ke Habsyah?

A. Jemputan dan sokongan penduduk Habsyah terhadap mereka.
B. Nabi ingin berdakwah ke luar Makkah.
C. Raja Habsyah ialah muslim yang baik.
D. Penindasan orang Arab Quraisy terhadap Islam.




4. Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah telah mempersaudarakan orang Islam secara keseluruhannya. Manakah antara yang berikut benar tentang persaudaraan tersebut?

A. Aus dan Khazraj disatukan di bawah nama Ansar.
B. Aus dan Khazraj disatukan di bawah nama Muhajirin.
C. Nabi Muhammad s.a.w mengambil seorang wakil daripada kaum Aus dan Khazraj untuk membantu baginda
D. Seluruh umat Islam disatukan di bawah nama Ansar.




5.Wahyu pertama mengandungi " membaca kepada Nabi Muhammad s.a.w.".Pada pandangan anda apakah kesan penting daripada perintah itu?

A. Membaca meluaskan pengetahuan dan pengalaman.
B. Membaca harus dimulakan oleh pemimpin.
C. Membaca dan menulis asas pendidikan Islam.
D. Al-Quran wajib dibaca oleh semua orang.


B)Soalan Struktur

1) Senaraikan isi Perjanjian Aqabah Pertama.
2) Senaraikan empat kepentingan hijrah kepada umat Islam.
3) Senaraikan lima prinsip peperangan yang dianjurkan oleh agama Islam.
4) Nyatakan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah.
5) Nyatakan isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah.



C)Soalan Esei

Nyatakan perkara-perkara yang terkandung dalam Piagam Madinah. (10m)



Jawaban

A) Soalan Objektif:

1.C
2.B
3.D
4.A
5.C


B) Soalan Struktur




1)- Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah SWT.
   - Mereka berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW.
   - Merekan berjanji tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, meminum arak, dan membunuh bayi perempuan.

2)- Dakwah Islamiah dapat dilakukan dengan aman dan tanpa berselindung lagi.
   - Memberikan peluang kepada Nabi Muhammad SAW menjalin hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dan orang Islam Madinah
   - Dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama.
   - memberikan peluang kepda Nabi Muhammad SAW untuk mendamaikan suku Aus dan Khazraj yang sering bersengketa.

3)- Dilarang memusnahkan tumbuh-tumbuhan.
   - Dilarang membunuh orang yang lemah, tua,dan sakit.
   - Dilarang membunuh orang yang menyerah diri.
   - Dilarang membunuh binatng ternakan.
   - Dilarang merobohkan rumah ibadat.

4)- Orang Islam berpeluang untuk menunaikan haji pada tahun berikutnya. Mereka juga bebas memasuki kota Makkah dan beribadat di Kaabah.
   - Membolehkan Nabi Muhammad SAW merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara aman.
   - Melambang ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi.

5)- Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan genjatan senjata selama sepuluh tahun.
   - Kabilah Arab yang lain bebas memihak kepada orang Islam Madinah atau kaum Quraisy Makkah.
   - Orang Islam Madinah yang memihak kepada kaum Quraisy Makkah tanpa kebenaran  penjaganya tidak perlu dipulangkan.
   - Orang Quraisy Makkah yang memihak kepada orang Islam Madinah tanpa kebenraran penjaganyaperlu dipulangkan semula.
   - Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya.


C) Soalan Esei:


          Dari segi politik,  Nabi Muhammad s.a.w. berperanan sebagai pemimpin di Madinah. Baginda adalah sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dan orang bukan Islam.


          Dari segi agama, masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing. Mereka bebas mengamalkan adat mereka masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam.


          Dari segi sosial pula, masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara. Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.


          Selain itu, dari segi perundangan, undang-undang Islam diguna pakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.


          Manakala dari segi ekonomi, kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara. Unsur penipuan dan riba telah dihapuskan dalam sistem perniagaan.


          Dari segi pertahanan, semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar. 


          Piagam Madinah juga mengakui kedudukan orang Yahudi. Dari segi kedudukan Yahudi, keselamatan orang bukan Islam (khususnya Yahudi) terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah.



Saturday 21 July 2012

Rumusan


  • Pembentukan kerajaan Islam Madinah yang kukuh dan mengambil kira perpaduan serta keharmonian hidup pelbagai bangsa perlu dicontohi.
  • Prinsip dan nilai murni yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dapat menjadi pedoman kepada generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara.
  • Sikap tidak pernah menyerah kalah untuk meneruskan perjuangan murni harus ditanam dalam jiwa kita.
  • Rintangan dan halangan harus ditempuhi dengan cekal demi memperoleh kejayaan yang cemerlang.
Marilah kita menyaksikan filem animasi ini, Muhammad: Nabi Terakhir yang berfokus pada kehidupan awal Islam dan Nabi Muhammad s.a.w.!


Kepentingan Pembukaan Semula Kota Makkah

• Faktor penting yang memudahkan kota Makkah dikuasai oleh tentera Islam ialah pengislaman Abu Sufian dan al-Abbas.
 • Orang Arab Quraisy yang lain juga telah memeluk Islam setelah pengislaman kedua-dua pembesar itu.
 • Faktor yang lain ialah jaminan keselamatan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada penduduk kota Makkah.
 • Setelah berjaya menguasai kota Makkah, baginda bertawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi Kaabah.
 • Seterusnya baginda berpidato kepada umat Islam dengan membaca ayat al-Quran yang menekankan tentang perpaduan dalam sesebuah masyarakat.
 • Sifat Nabi Muhammad s.a.w. yang pemaaf dan tidak membalas dendam ditonjolkan. Ini merupakan salah satu faktor mengapa Islam dapat disebarkan dengan jayanya.
 • Akibat peristiwa ini, Kaabah telah dibersihkan daripada unsur-unsur jahiliah. Amalan menyembah berhala dihapuskan selama-lamanya dan digantikan dengan Islam.
 • Umat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan berkenaan Islam.
 • Makkah dijadikan kota suci dengan Kaabah menjadi tumpuan semua umat Islam dari seluruh dunia semasa melakukan ibadat.
 • Peristiwa ini juga membuktikan kekuatan kerajaan Islam Madinah di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w..
 • Kebanyakan sejarawan juga berpendapat bahawa peristiwa ini membuka jalan kepada penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab. Dakwah Islam dapat dilakukan secara aman tanpa paksaan.
 • Nabi Muhammad s.a.w. masih mengekalkan Madinah sebagai pusat pentadbiran Islam, manakala kota Makkah dijadikan sebuah wilayah Islam.
 • Seorang wakil bagi menjalankan pemerintahan Islam di Makkah dilantik oleh baginda.
 • Sebelum baginda wafat, baginda telah berpesan kepada umat Islam dalam khutbah haji terakhir baginda. Baginda telah meninggalkan pusaka, iaitu al-Quran dan sunnah baginda agar umat Islam tidak akan sesat.
 • Setelah tugas baginda sebagai seorang rasul, pemimpin masyarakat dan negara selesai, pada bulan Jun 632 M (11 Hijrah) baginda wafat. Kejayaan baginda mewujudkan sebuah masyarakat yang insaf, berilmu dan bertakwa adalah antara kejayaan baginda yang terbesar.
 • Antara khutbah haji terakhir Nabi Muhammad s.a.w.: "Hai sekalian manusia, bahawa darah kamu dan harta kamu tetap terhormat seperti kamu mempunyai hak ke atas mereka. Setiap individu Islam ialah saudara orang Islam. Mereka bersaudara...Hai manusia, saya telah meninggalkan kepada kamu satu pusaka dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu masih berpegang kepada pusaka ini, iaitu Kitab Allah atau al-Quran dan sunnah Rasulullah."

Kota Makkah yang menjadi pusat ibadat bagi umat Islam

Sumber: holymakkahcity.com


Thursday 19 July 2012

Pembukaan Semula Kota Makkah


  • Makkah merupakan tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan tempat lahirnya agama Islam. 
  •  Selepas 8 tahun tinggal di Madinah dan berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam di situ, baginda akhirnya menguasai semula Kota Makkah pada tahun 630M. Bersamaan 8H.. 
  •  Pihak Arab Quraisy didapati melanggar perjanjian Hudaibiyah dan tidak menghormati hak bebas yang dipersetujui bersama. 
  • Mereka membunuh beberapa orang Bani Khuza'ah yang berpihak kepada Islam. 
  • Nabi Muhammad s.a.w berpendapat jika Makkah dapat dikuasai, kedudukan kerajaan Islam di Madinah akan menjadi mantap
  • Oleh itu, baginda merancang untuk memasuki kota Makkah secara bijak dan berpegang kepada prinsip aman tanpa kekerasan. 
  • Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w, al-Abbas dan ketua Arab Quraisy, Abu Sufian telah memeluk Islam. 
  • Mereka memeluk Islam bukan disebabkan takut tetapi menyedari kepalsuan perjuangan mereka. 
  • Baginda menyediakan empat pasukan tentera yang terdiri daripada 10000 orang untuk bergerak masuk ke kota Makkah menerusi empat arah iaitu dari arah utara, selatan, barat dan barat daya Makkah . 
  • Empat pasukan ini ialah pasukan Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah dan Zubair bin al-Awwam
  • Makkah telah berjaya dibuka semula. 
  • Kecuali penentangan kecil yang diterima oleh pasukan Khalid bin al-Walid, kota Makkah dibuka tanpa mendapat apa-apa rintangan yang besar.


Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah



Tunaikan solat

  • dengan perjanjian ini, orang Islam berpeluang menunaikan solat pada tahun berikutnya, iaitu pada tahun 629 M.
  • peluang ini memberikan kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah dan beribadat di Kaabah pada bila-bila masa. 

Penyebaran Islam dengan aman
  • tempoh perdamaian membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab secara aman
  • mereka yang memeluk Islam telah berganda bilangan
  • Khalid bin al-Walid (pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy yang berpengarah) 

Ketokohan
  • perjanjian ini melambang Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi
  • perjanjian ini menunjukkan orang Arab Quraisy telah mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah. Sebelum ini, mereka tidak mahu bekerjasama dengan orang Islam malah sentiasa mencari jalan menentang Islam. 

Walau bagaimanapun, perdamaian yang dipersetujui anatara kedua-dua pihak ini bertahan selama dua tahun sahaja. Orang Arab Quraisy sengaja melanggar isi perjanjian yang pertama. Nabi Muhammad s.a.w. telah bertindak tegas dengan menyediakan dan menghantar pasukan tentera ke Makkah. 


Tuesday 17 July 2012

Perjanjian Hudaibiyah


  • kota Makkah sangat penting
  • Kaabah ( di kota Makkah ) menjadi pusat ibadat bagi orang Islam
  • Makkah ialah tempat asal bagi orang Muhajirin dan tempat wahyu pertama diturunkan
  • pada tahun 628 M., rombongan orang Islam telah ke Makkah kerana ingin menunaikan umrah 
  • kedatangan orang Islam Madinah ke Makkah telah disekat oleh orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah
  • Di Hudaibiyah, orang Islam berusaha untuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka menerusi utusan yang dihantar, iaitu Uthman bin Affan
  • Uthman bin Affan dipilih kerana 
  • a) Uthman memepunyai ramai saudara mara di Makkah
  • b) Uthman merupakan sahabat yang matang dan tua berbanding sahabat lain
  • c) Sifatnya yang lemah lembut dan bertolak ansur 
  • Orang Islam mendengar khabar angin tentang kematian Uthman
  • mereka bersumpah setia untuk membela kematian Uthman ( dikenali ''Baiah al-Ridwan'' )
  • orang Arab Quraisy berasa bimbang terhadap kata sepakat orang Islam lalu menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan Nabi Muhammad s.a.w.
  • setelah kata sepakat dicapai, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah
  • perjanjian ini tidak dapat diterima sepenuhnya oleh para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. pada peringkat awal kerana menganggap perjanjian ini menguntungkan pihak Arab Quraisy
  • akhirnya, mereka menerimanya sebagai satu pengajaran yang besar
  • demi mencapai kata sepakat dan menjalin hubungan yang baik antara dua pihak, orang Islam menganjurkan perdamaian
  • misi perjuangan Islam dapat dilaksanakan dengan wujudnya keamanan
Tinggalan masjid lama di Hudaibiyah, iaitu tempat bersejarah Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani

Sumber: dzatilawanis.blogspot.com

Kandungan Perjanjian Hudaibiyah
  1. Bersetuju untuk mengadakan gencatan sejata selama 10 tahun
  2. Kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah
  3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan
  4. Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebanaran penjaganya perlu dipulangkan semula
  5. Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H.)


Penyebaran Islam



Iri hati
  • Pembentukan kerajaan Islam di Madinah ( tahun 622 M.) telah menimbulkan perasaan iri hati di kalangan orang Arab Quraisy.
  • Mereka mula mencari sokongan daripada orang Yahudi dan penduduk Arab di sekitar Tanah Arab agar menghapuskan kerajaan Islam. 



Strategi
  • Nabi Muhammad s.a.w. menyedari tindakan orang Arab Quraisy dan telah berhati-hati menghadapinya.
  • Beliau mula menyusun strategi menyebarkan Islam dengan menghantar perutusan ke Rom, dan wilayah di sekitar Semenanjung Tanah Arab. 
  • Dalam penyebaran Islam, beliau tidak memaksa mereka tetapi menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik. 
  • Beliau menyebarkan Islam menerusi warkah dan mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah tersebut. 


Peperangan
  • Orang Arab Quraisy cenderung dan melakukan keganasan dengan menyerang kafilah perdagangan Islam
  • Nabi Muhammad s.a.w. mengambil keputusan untuk membetulkan keadaan itu. 
  • Mengikut ajaran Islam, peperangan dibenarkan :
  • a) untuk mempertahankan maruah diri, agama dan negara
  • b) dengan keizinan Allah ( wahyu diturunkan )
  • Peperangan yang dilakukan ialah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan Perang Tabuk 
Cap mohor Nabi Muhammad s.a.w.

Sumber:inijalanku.wordpress.com

Pedang Nabi Muhammad s.a.w.

Sumber: shamdisini.blogspot.com





Perang Badar
  • Walaupun pihak Islam memperoleh kemenangan, Nabi Muhammad s.a.w. mengampunkan tawanan Arab Quraisy. 
  • Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
  • Tawanan lelaki diberikan syarat untuk membebaskan diri iaitu tawanan lelaki yang berjaya mengajar kira-kira 10 orang kanak-kanak Islam membaca dan menulis sehingga pandai, maka akan dibebaskan.
  • Selepas perang ini, bilangan Arab Quraisy yang memeluk Islam semakin bertambah. 






Perang Khandak

  • berlaku antara orang Islam Madinah dengan orang Quraisy Makkah yang bergabung dengan puak Yahudi.
  • strategi : menggali parit di sekeliling kota Madinah
  • menang kerana : tentera Islam mempunyai kesabaran dan ketahanan diri yang tinggi











Perang Uhud
  • berlaku pada 3 Syawal tahun ketiga hijrah (19 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy
  • perang tersebut adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar
  • dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud
  • disertai 1000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq
  • tentera kafir Quraisy seramai 3000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb
  • dalam serangan tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah terbunuh menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir
  • selepas pertempuran hebat, kebanyakan tentera Muslim berjaya berundur ke Uhud di mana mereka berkumpul semula
  • pasukan Quraisy yang menaiki kuda gagal mendaki lereng bukit dan kehilangan kelebihan serangan mengejut mereka
  • perang ini berakhir apabila Abu Sufyan membuat keputusan tidak mengejar lanjut tentera Muslim, mengisytiharkan kemenangan





Prinsip semasa peperangan


  • Allah membenarkan orang Islam berperang apabila diserang oleh musuh
  • untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terjaga
  • menentang kezaliman dan mempertahankan diri
  • mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara
  • jika musuh Islam inginkan perdamaian, maka, perdamaian dipilih



Garis panduan kepada tentera Islam dalam peperangan

  • tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah (orang tua, kanak-kanak, wanita, orang yang sakit) dan orang yang menyerah diri. 
  • tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan dan memusnahkan tanam-tanaman.
  • dilarang merobohkan tempat ibadat
  • dilarang membunuh sesuka hati
  • (pengajaran) : mengamalkan akhlak yang mulia, saling bertolak ansur, menunjukkan teladan baik