Thursday 12 July 2012

Perjanjian Aqabah Pertama & Perjanjian Aqabah Kedua


Semasa dakwah Islamiah disebar oleh Nabi Muhammad s.a.w. di kota Makkah
baginda dikunjungi oleh beberapa orang Arab Madinah 
yang terdiri daripada suku Khazraj
mereka menemui Nabi Muhammad s.a.w. di Aqabah
dan memeluk Islam
mereka juga menyebarkan Islam di kalangan masyarakat Madinah yang lain


pada musim haji berikutnya iaitu pada tahun 621M.
sekumpulan orang Arab madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj 
telah mengunjungi Nabi Muhammad s.a.w. sekali lagi
pertemuan ini terjalinlah perjanjian
iaitu Perjanjian Aqabah Pertama






Perjanjian Aqabah Pertama
  • suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul 
  • suku Aus dan Khazraj berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. 
  • suku Aus dan Khazraj tidak akan melakukan amalan jahiliah ( mencuri, minum arak, membunuh bayi perempuan )
Batu yang terpahat Perjanjian Aqabah Pertama
Sumber: anakcikusin.fotopages.com






 Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Mus'ab bin Umar ( pendakwah Islam ) untuk menyebar Islam
pada 622M., perjanjian kedua ditandatangani antara suku Aus dan Khazraj
perjanjian tersebut dikenali Perjanjian Aqabah Kedua





Perjanjian Aqabah Kedua
  • suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w.
  • suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah 
  • suku Aus dan Khazraj secara sukarela menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam Makkah serta menyatakan kesediaan mempertahankan Islam  





jaminan keselamatan dan kesanggupan orang Madinah mempertahankan Islam telah menjadi pendorong utama berlakunya penghijrah orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah
sokongan dan bantuan orang Arab Madinah kepada orang Islam Makkah merupakan faktor penting kejayaan hijrah ke Madinah 

Gambar ini menunjukkan Perjanjian Aqabah Kedua

Sumber: kerajaanislamdimadinah.blogspot.com

 

10 comments: