Monday, 16 July 2012

Kepentingan Piagam Madinah

Kerajaan Islam di Madinah-model kerajaan Islam yang unggul

Kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. - mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap(peraturan-dunia & akhirat) 

EKONOMI
  • amalan riba,penipuan,rasuah dan penindasan tidak dibenarkan
  •  sifat bertimbang rasa dan amalan bersedekah digalakkan
  •  mementingkan keadilan dan ketelusan


Orang Muhajirin(masalah ekonomi)orang Ansar memberi bantuan secara sukarela dan ikhlas

Berjaya membentuk masyarakat baru berasakan ummah (masyarakat yang bersatu padu dan aman)
-nilai hidup ditanam berasaskan semangat ukhawah Islamiah
-taraf dan kedudukan sama(menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam)
-semangat perpaduan,bantu-membantu dan rela berkorban dipupuk di kalangan masyarakat

Pelbagai keturunan, budaya dan agama dapat mendiami sebuah negara yang mempunyai undang-undang yang lengkap dan sempurna
-syariah Islam adalah adil
-pembentukan satu perundangan yang sesuai dalam sebuah negara boleh diikuti oleh kesemua masyarakat

Nabi Muhammad s.a.w. menyusun perlembagaan negara terlebih dahulu sebelum mengasaskan sebuah kerajaan
-sistem pemerintahan yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. merupakan sistem pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa tertinggi

Piagam Madinah berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik
-setiap kaum terikat dengan undang-undang yang telah digariskan
-semua orang juga bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara Madinah daripada serangan luar
-dengan adanya kerjasama daripada semua masyarakat, negara Madinah menjadi kuat dan disegani oleh negara luar

Kandungan Piagam Madinah


Piagam Madinah


  • mengandungi 47 fasal 
  • 23 fasal membincangkan hubungan di kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka 
  • 24 fasal lagi tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk orang Yahudi terhadap negara Madinah
  • perlembagaan bertulis pertama yang menjadi asas kepada sebuah negara

Kandungan Piagam Madinah


1.Politik 

  • Nabi Muhammad s.a.w. pemimpin di Madinah.
  • Baginda adalah sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dan orang bukan Islam.

2.Agama

  • Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing.
  • Mereka bebas mengamalkan adat mereka masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam.

3.Sosial

  • Masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara.
  • Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesama sendiri.

4.Perundangan

  • Undang-undang Islam digunapakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.

5.Ekonomi

  • Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi memajukan ekonomi negara.
  • Unsur penipuan dan riba dihapuskan dalam sistem perniagaan.

6.Pertahanan

  • Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.

7.Kedudukan Yahudi

  • Keselamatan orang bukan Islam (khususnya Yahudi) terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah.


Piagam Madinah


  • juga dinamakan sebagai Sahifah Madinah
  • merupakan perlembagaan bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M.
  • berpandukan wahyu Allah
  • menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah
  • mencatatkan tentang peraturan, tanggungjawab ketua negara dan rakyat
  • dirangka berasaskan persetujuan orang Islam(Muhajirin dan Ansar) dan orang bukan Islam(Yahudi dan suku Arab yang lain)

Sunday, 15 July 2012

Kepentingan Hijrah


Selepas penghijrahan ke Madinah, 


  • dakwah Islamiah dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi
  • baginda juga mendamaikan suku Arab di Madinah melalui semangat persaudaraan sesama Islam
  • orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah juga menjalinkan hubungan persaudaraan
  • orang Islam Makkah tidak berasa asing atau rendah diri
  • Nabi Muhammad memberikan gelaran Muhajirin ( daripada perkataan Arab hajara yang bermakna berpindah ) kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang Islam Madinah yang memberi bantuan kepada Muhajirin digelar Ansar( daripada perkataan Arab nasara yang bermakna menolong ). 
  • sikap orang Ansar terhadap orang Muhajirin : -
  1. menjaga keselamatan 
  2. menyediakan modal untuk berniaga 

  • dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama
  • telah melahirkan kehidupan harmoni di Madinah


Di Madinah, 

  • Nabi Muhammad telah mendirikan masjid pertama : Masjid Quba'
  • masjid kedua : Masjid al-Nabawi
  • tujuan masjid dibina ialah : 
  1. tempat untuk bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam
  2. kawasan persekitaran masjid boleh menjadikan tempat berjual beli
Masjid Quba', iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah perkembangan Islam
                                                 Sumber: coolwallpaperblog.blogspot.com

Masjid al-Nabawi seperti yang dapat dilihat pada hari ini.

Sumber: ahmad-sanusi-husain.com





Masjid al-Nabawi, iaitu masjid kedua yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah

Sumber: loveofislam.wordpress.com




 Sempena hijrah,

  • wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam
  • takwim hijrah mula digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kedua, Khalifah Umar bin al-Khattab
  • pada masa ini, takwim Hijrah digunakan di negara Islam seperti Malaysia
  • setiap tahun, negara kita, Malaysia, mengadakan sambutan '' maal hijrah '' dan matlamatnya adalah untuk mengingati perjuangan umat Islam dahulu agar perkara itu sentiasa segar dalam ingatan generasi sekarang


Setelah hijrah, 
  • Nabi muhammad s.a.w. telah menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah atau kota bercahaya.
  • Pertukaran nama ini menunjukkan usaha baginda untuk menjadikan Madinah sebagai sebuah pusat tamadun Islam dan agama Islam menjadi cara hidup yang rerangkumi semua bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial. 


Hijrah menunjukkan bahawa
  • sikap toleransi kaum dan tolong-menolong boleh melahirkan masyarakat cemerlang
  • orang Madinah sanggup memberikan tempat tinggal, menyediakan makanan dan keperluan asas yang lain, serta menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat madinah
  • ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w. yang sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam. Beliau tidak pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan. Sikap positif baginda perlu dicontohi. 
  • kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. mengatur strategi perjuangan. Semasa berhijrah, baginda tidak terus berangkat ke Madinah tetapi bersembunyi di Gua Thur terlebih dahulu. Beliau memilih jalan ke selatan disebabkan jalan ke Madinah menerusi utara Makkah kurang selamat. 


Hijrah berjaya dengan sokongan dan pengorbanan sahabat Nabi Muhammad s.a.w.. Misalnya, 

  • Abu Bakar al-Siddiq sanggup bergadai nyawa dan harta untuk melindungi baginda semasa berhijrah
  • Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda pada malam penghijrahan untuk mengelirukan orang Arab Quraisy yang mengepung rumah baginda 
  • Abdul Rahman bin Auf, saudagar yang kaya, menyumbangkan hartanya untuk membantu masyarakat Islam yang tidak berkemampuan


Wanita bukan sahaja suri rumah, malah berkemampuan untuk menggerakkan kamajuan sesebuah negara. Contohnya, 

  • puteri Abu Bakar al-Siddiq, Asma'
  • beliau menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad s.a.w. di Gua Thur
  • tindakannya berbahaya serta laluan ke Gua Thur berliku dan berbatu besar. 


Nabi Muhammad s.a.w. menyedari bahawa orang Arab Quraisy Makkah akan mengatur strategi untuk menyerang Madinah pada suatu masa kelak. Oleh itu, setelah menyatukan masyarakat Madinah, baginda segera merangka sebuah perlembagaan untuk mentadir Madinah. Perlembagaan tersebut dinamai Piagam Madinah. 




Saturday, 14 July 2012

Hijrah


  • berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622M.
  • secara rahsia dan berperingkat
  • Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah bersama-sama Abu Bakar al-Siddiq (sahabat)
  • perjalanan lebih kurang 12 hari
  • Umar bin al-Khattab berhijrah bersendirian dan terang-terangan (sifat keberanian)

Konsep hijrah

perkataan Arab

  • berpindah

pada umumnya

  • perpindahan berlaku dari satu tempat ke satu tempat yang lain

dalam konteks tamadun Islam

  • perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam

pengertian yang lebih luas dan mendalam

  • perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan
  • semangat ingin berubah dari segi sikap, cara berfikir, dan tingkah laku

pandangan orientalis Barat

  • (secara negatif) suatu pelarian
  • pandangan orientalis Barat dapat disangkal dengan 4 hujah
  1. penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah kerana jemputan orang Arab Madinah
  2. ketibaan orang Islam Makkah ke Madinah disambut dengan rela dan meriahnya oleh orang Arab Madinah
  3. orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal yang sewajarnya selain dijamin tentang keselamatan oleh orang Arab Madinah
  4. Nabi Muhammad s.a.w. pula dilantik sebagai pemimpin Madinah dan beliau diterima oleh semua golongan masyarakat Madinah termasuk orang bukan Islam

Peristiwa penghijrahan


  • pemuda Quraisy mengepung rumah Nabi Muhammad s.a.w.
  • Ali bin Abu Talib menawarkan diri untuk tidur di tempat tidur baginda dengan menggunakan selimut baginda
  • penghijrahan bermula selepas baginda berjaya melepaskan diri 
  • setelah keluar dari rumah, baginda menemui Abu Bakar al-Siddiq dan menyatakan perintah Allah supaya baginda berhijrah
  • baginda dan Abu Bakar al-Siddiq bersembunyi di Gua Thur (luas muka muat 1 orang sahaja) sebelum meneruskan hijrah ke Madinah
  • semasa bersembunyi di Gua Thur, Nabi Muhammad s.a.w. dibantu oleh 
  1. Abdullah bin Abu Bakar yang mengintap kegiatan orang Quraisy yang ingin menjejak kehilangan baginda
  2. Asma' binti Abu Bakar yang menghantar makanan untuk  baginda dan Abu Bakar al-Siddiq
  3. Amir bin Fuhairah yang menggembala kambing berhampiran Gua Thur agar susu kambingnya dapat diberikan kepada baginda
  • perjalanan  baginda dan Abu Bakar al-Siddiq ke Madinah dipandu oleh Abdullah bin Arqat
Gua Thur, iaitu tempat persembunyian Nabi Muhammad s.a.w. dan Abu Bakar al-Siddiq
sebelum meneruskan hijrah ke Madinah

Sumber: msaadhamid.blogspot.com


Sebab dan Tujuan Hijrah


  • dakwah Islamiah disebarkan di Makkah selama lebih kurang 13 tahun
  • menghadapi pelbagai rintangan 
  • Nabi Muhammad s.a.w. mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah

sebab hijrah

  1. perintah Allah menerusi wahyu

  • Allah menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda 
  • Allah memerintahkan baginda supaya segera berhijrah
  • dengan perlindungan Allah, baginda dan sahabat baginda, Abu Bakar al-Siddiq selamat sampai ke Madinah

tujuan hijrah


  1. meneruskan penyebaran Islam - orang Arab Quraisy menjejaskan aktiviti penyebaran Islam. Bagi Nabi Muhammad s.a.w., suasana aman di tempat baru akan memudahkan penyampaian dakwah Islamiah. Hijrah juga mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna. 
  2. jemputan masyarakat Arab Madinah - pada masa itu, suku Aus dan Khazraj di Madinah sedang menghadapi konflik dan sering bertelagah sesama sendiri. Ekonomi mereka pula dikuasai oleh orang Yahudi. Mereka memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengetuai kepimpinan mereka dan mendamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa bermusuhan. 


Thursday, 12 July 2012

Perjanjian Aqabah Pertama & Perjanjian Aqabah Kedua


Semasa dakwah Islamiah disebar oleh Nabi Muhammad s.a.w. di kota Makkah
baginda dikunjungi oleh beberapa orang Arab Madinah 
yang terdiri daripada suku Khazraj
mereka menemui Nabi Muhammad s.a.w. di Aqabah
dan memeluk Islam
mereka juga menyebarkan Islam di kalangan masyarakat Madinah yang lain


pada musim haji berikutnya iaitu pada tahun 621M.
sekumpulan orang Arab madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj 
telah mengunjungi Nabi Muhammad s.a.w. sekali lagi
pertemuan ini terjalinlah perjanjian
iaitu Perjanjian Aqabah Pertama






Perjanjian Aqabah Pertama
  • suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul 
  • suku Aus dan Khazraj berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. 
  • suku Aus dan Khazraj tidak akan melakukan amalan jahiliah ( mencuri, minum arak, membunuh bayi perempuan )
Batu yang terpahat Perjanjian Aqabah Pertama
Sumber: anakcikusin.fotopages.com






 Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Mus'ab bin Umar ( pendakwah Islam ) untuk menyebar Islam
pada 622M., perjanjian kedua ditandatangani antara suku Aus dan Khazraj
perjanjian tersebut dikenali Perjanjian Aqabah Kedua





Perjanjian Aqabah Kedua
  • suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w.
  • suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah 
  • suku Aus dan Khazraj secara sukarela menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam Makkah serta menyatakan kesediaan mempertahankan Islam  





jaminan keselamatan dan kesanggupan orang Madinah mempertahankan Islam telah menjadi pendorong utama berlakunya penghijrah orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah
sokongan dan bantuan orang Arab Madinah kepada orang Islam Makkah merupakan faktor penting kejayaan hijrah ke Madinah 

Gambar ini menunjukkan Perjanjian Aqabah Kedua

Sumber: kerajaanislamdimadinah.blogspot.com

 

Pengenalan


Madinah 

  • terletak di utara Makkah
  • merupakan kota yang penting bagi pedagang Arab sebelum kemunculan Islam
  • kedudukan strategik telah mendorong pedagang luar untuk mengunjunginya
  • di tengah-tengah perjalanan di antara Makkah dan Syam
  • terdapat 3 golongan penduduk
  • Nasrani, **Yahudi, **Arab 
  • kurang aman kerana 
  • a) pergeseran yang berlaku ( kalangan suku Arab )
  • b) penguasaan ekonomi ( orang Yahudi )
  • pertemuan antara suku Aus dan Khazraj dengan Nabi Muhammad  s.a.w. di Aqabah pada tahun 621M.
  • pertemuan tersebut telah membuka lembaran baru dalam sejarah Madinah

**Yahudi

-Bani Quraizah
-Bani Qunaiqa'
-Bani Nadhir

**Arab

-Aus
-Khazraj