- berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622M.
- secara rahsia dan berperingkat
- Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah bersama-sama Abu Bakar al-Siddiq (sahabat)
- perjalanan lebih kurang 12 hari
- Umar bin al-Khattab berhijrah bersendirian dan terang-terangan (sifat keberanian)
Konsep hijrah
perkataan Arab
- berpindah
pada umumnya
- perpindahan berlaku dari satu tempat ke satu tempat yang lain
dalam konteks tamadun Islam
- perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam serta merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam
pengertian yang lebih luas dan mendalam
- perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan
- semangat ingin berubah dari segi sikap, cara berfikir, dan tingkah laku
pandangan orientalis Barat
- (secara negatif) suatu pelarian
- pandangan orientalis Barat dapat disangkal dengan 4 hujah
- penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah kerana jemputan orang Arab Madinah
- ketibaan orang Islam Makkah ke Madinah disambut dengan rela dan meriahnya oleh orang Arab Madinah
- orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal yang sewajarnya selain dijamin tentang keselamatan oleh orang Arab Madinah
- Nabi Muhammad s.a.w. pula dilantik sebagai pemimpin Madinah dan beliau diterima oleh semua golongan masyarakat Madinah termasuk orang bukan Islam
Peristiwa penghijrahan
- pemuda Quraisy mengepung rumah Nabi Muhammad s.a.w.
- Ali bin Abu Talib menawarkan diri untuk tidur di tempat tidur baginda dengan menggunakan selimut baginda
- penghijrahan bermula selepas baginda berjaya melepaskan diri
- setelah keluar dari rumah, baginda menemui Abu Bakar al-Siddiq dan menyatakan perintah Allah supaya baginda berhijrah
- baginda dan Abu Bakar al-Siddiq bersembunyi di Gua Thur (luas muka muat 1 orang sahaja) sebelum meneruskan hijrah ke Madinah
- semasa bersembunyi di Gua Thur, Nabi Muhammad s.a.w. dibantu oleh
- Abdullah bin Abu Bakar yang mengintap kegiatan orang Quraisy yang ingin menjejak kehilangan baginda
- Asma' binti Abu Bakar yang menghantar makanan untuk baginda dan Abu Bakar al-Siddiq
- Amir bin Fuhairah yang menggembala kambing berhampiran Gua Thur agar susu kambingnya dapat diberikan kepada baginda
- perjalanan baginda dan Abu Bakar al-Siddiq ke Madinah dipandu oleh Abdullah bin Arqat
Gua Thur, iaitu tempat persembunyian Nabi Muhammad s.a.w. dan Abu Bakar al-Siddiq sebelum meneruskan hijrah ke Madinah Sumber: msaadhamid.blogspot.com |
Sebab dan Tujuan Hijrah
- dakwah Islamiah disebarkan di Makkah selama lebih kurang 13 tahun
- menghadapi pelbagai rintangan
- Nabi Muhammad s.a.w. mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah
sebab hijrah
- perintah Allah menerusi wahyu
- Allah menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda
- Allah memerintahkan baginda supaya segera berhijrah
- dengan perlindungan Allah, baginda dan sahabat baginda, Abu Bakar al-Siddiq selamat sampai ke Madinah
tujuan hijrah
- meneruskan penyebaran Islam - orang Arab Quraisy menjejaskan aktiviti penyebaran Islam. Bagi Nabi Muhammad s.a.w., suasana aman di tempat baru akan memudahkan penyampaian dakwah Islamiah. Hijrah juga mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna.
- jemputan masyarakat Arab Madinah - pada masa itu, suku Aus dan Khazraj di Madinah sedang menghadapi konflik dan sering bertelagah sesama sendiri. Ekonomi mereka pula dikuasai oleh orang Yahudi. Mereka memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengetuai kepimpinan mereka dan mendamaikan masyarakat Madinah yang sentiasa bermusuhan.
No comments:
Post a Comment