Iri hati
- Pembentukan kerajaan Islam di Madinah ( tahun 622 M.) telah menimbulkan perasaan iri hati di kalangan orang Arab Quraisy.
- Mereka mula mencari sokongan daripada orang Yahudi dan penduduk Arab di sekitar Tanah Arab agar menghapuskan kerajaan Islam.
Strategi
- Nabi Muhammad s.a.w. menyedari tindakan orang Arab Quraisy dan telah berhati-hati menghadapinya.
- Beliau mula menyusun strategi menyebarkan Islam dengan menghantar perutusan ke Rom, dan wilayah di sekitar Semenanjung Tanah Arab.
- Dalam penyebaran Islam, beliau tidak memaksa mereka tetapi menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik.
- Beliau menyebarkan Islam menerusi warkah dan mewujudkan rasa persefahaman dengan wilayah tersebut.
Peperangan
- Orang Arab Quraisy cenderung dan melakukan keganasan dengan menyerang kafilah perdagangan Islam
- Nabi Muhammad s.a.w. mengambil keputusan untuk membetulkan keadaan itu.
- Mengikut ajaran Islam, peperangan dibenarkan :
- a) untuk mempertahankan maruah diri, agama dan negara
- b) dengan keizinan Allah ( wahyu diturunkan )
- Peperangan yang dilakukan ialah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan Perang Tabuk
Cap mohor Nabi Muhammad s.a.w. Sumber:inijalanku.wordpress.com Pedang Nabi Muhammad s.a.w. Sumber: shamdisini.blogspot.com |
Perang Badar
- Walaupun pihak Islam memperoleh kemenangan, Nabi Muhammad s.a.w. mengampunkan tawanan Arab Quraisy.
- Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
- Tawanan lelaki diberikan syarat untuk membebaskan diri iaitu tawanan lelaki yang berjaya mengajar kira-kira 10 orang kanak-kanak Islam membaca dan menulis sehingga pandai, maka akan dibebaskan.
- Selepas perang ini, bilangan Arab Quraisy yang memeluk Islam semakin bertambah.
Perang Khandak
- berlaku antara orang Islam Madinah dengan orang Quraisy Makkah yang bergabung dengan puak Yahudi.
- strategi : menggali parit di sekeliling kota Madinah
- menang kerana : tentera Islam mempunyai kesabaran dan ketahanan diri yang tinggi
Perang Uhud
- berlaku pada 3 Syawal tahun ketiga hijrah (19 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy
- perang tersebut adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar
- dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud
- disertai 1000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke medan Uhud kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua orang munafiq
- tentera kafir Quraisy seramai 3000 orang yang diketuai oleh Abu Sufyan ibni Harb
- dalam serangan tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah terbunuh menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir
- selepas pertempuran hebat, kebanyakan tentera Muslim berjaya berundur ke Uhud di mana mereka berkumpul semula
- pasukan Quraisy yang menaiki kuda gagal mendaki lereng bukit dan kehilangan kelebihan serangan mengejut mereka
- perang ini berakhir apabila Abu Sufyan membuat keputusan tidak mengejar lanjut tentera Muslim, mengisytiharkan kemenangan
Prinsip semasa peperangan
- Allah membenarkan orang Islam berperang apabila diserang oleh musuh
- untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terjaga
- menentang kezaliman dan mempertahankan diri
- mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara
- jika musuh Islam inginkan perdamaian, maka, perdamaian dipilih
Garis panduan kepada tentera Islam dalam peperangan
- tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah (orang tua, kanak-kanak, wanita, orang yang sakit) dan orang yang menyerah diri.
- tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan dan memusnahkan tanam-tanaman.
- dilarang merobohkan tempat ibadat
- dilarang membunuh sesuka hati
- (pengajaran) : mengamalkan akhlak yang mulia, saling bertolak ansur, menunjukkan teladan baik
No comments:
Post a Comment