Saturday, 21 July 2012

Kepentingan Pembukaan Semula Kota Makkah

• Faktor penting yang memudahkan kota Makkah dikuasai oleh tentera Islam ialah pengislaman Abu Sufian dan al-Abbas.
 • Orang Arab Quraisy yang lain juga telah memeluk Islam setelah pengislaman kedua-dua pembesar itu.
 • Faktor yang lain ialah jaminan keselamatan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada penduduk kota Makkah.
 • Setelah berjaya menguasai kota Makkah, baginda bertawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi Kaabah.
 • Seterusnya baginda berpidato kepada umat Islam dengan membaca ayat al-Quran yang menekankan tentang perpaduan dalam sesebuah masyarakat.
 • Sifat Nabi Muhammad s.a.w. yang pemaaf dan tidak membalas dendam ditonjolkan. Ini merupakan salah satu faktor mengapa Islam dapat disebarkan dengan jayanya.
 • Akibat peristiwa ini, Kaabah telah dibersihkan daripada unsur-unsur jahiliah. Amalan menyembah berhala dihapuskan selama-lamanya dan digantikan dengan Islam.
 • Umat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan berkenaan Islam.
 • Makkah dijadikan kota suci dengan Kaabah menjadi tumpuan semua umat Islam dari seluruh dunia semasa melakukan ibadat.
 • Peristiwa ini juga membuktikan kekuatan kerajaan Islam Madinah di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w..
 • Kebanyakan sejarawan juga berpendapat bahawa peristiwa ini membuka jalan kepada penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab. Dakwah Islam dapat dilakukan secara aman tanpa paksaan.
 • Nabi Muhammad s.a.w. masih mengekalkan Madinah sebagai pusat pentadbiran Islam, manakala kota Makkah dijadikan sebuah wilayah Islam.
 • Seorang wakil bagi menjalankan pemerintahan Islam di Makkah dilantik oleh baginda.
 • Sebelum baginda wafat, baginda telah berpesan kepada umat Islam dalam khutbah haji terakhir baginda. Baginda telah meninggalkan pusaka, iaitu al-Quran dan sunnah baginda agar umat Islam tidak akan sesat.
 • Setelah tugas baginda sebagai seorang rasul, pemimpin masyarakat dan negara selesai, pada bulan Jun 632 M (11 Hijrah) baginda wafat. Kejayaan baginda mewujudkan sebuah masyarakat yang insaf, berilmu dan bertakwa adalah antara kejayaan baginda yang terbesar.
 • Antara khutbah haji terakhir Nabi Muhammad s.a.w.: "Hai sekalian manusia, bahawa darah kamu dan harta kamu tetap terhormat seperti kamu mempunyai hak ke atas mereka. Setiap individu Islam ialah saudara orang Islam. Mereka bersaudara...Hai manusia, saya telah meninggalkan kepada kamu satu pusaka dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu masih berpegang kepada pusaka ini, iaitu Kitab Allah atau al-Quran dan sunnah Rasulullah."

Kota Makkah yang menjadi pusat ibadat bagi umat Islam

Sumber: holymakkahcity.com


No comments:

Post a Comment