Tuesday 17 July 2012

Perjanjian Hudaibiyah


  • kota Makkah sangat penting
  • Kaabah ( di kota Makkah ) menjadi pusat ibadat bagi orang Islam
  • Makkah ialah tempat asal bagi orang Muhajirin dan tempat wahyu pertama diturunkan
  • pada tahun 628 M., rombongan orang Islam telah ke Makkah kerana ingin menunaikan umrah 
  • kedatangan orang Islam Madinah ke Makkah telah disekat oleh orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah
  • Di Hudaibiyah, orang Islam berusaha untuk menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka menerusi utusan yang dihantar, iaitu Uthman bin Affan
  • Uthman bin Affan dipilih kerana 
  • a) Uthman memepunyai ramai saudara mara di Makkah
  • b) Uthman merupakan sahabat yang matang dan tua berbanding sahabat lain
  • c) Sifatnya yang lemah lembut dan bertolak ansur 
  • Orang Islam mendengar khabar angin tentang kematian Uthman
  • mereka bersumpah setia untuk membela kematian Uthman ( dikenali ''Baiah al-Ridwan'' )
  • orang Arab Quraisy berasa bimbang terhadap kata sepakat orang Islam lalu menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan Nabi Muhammad s.a.w.
  • setelah kata sepakat dicapai, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah
  • perjanjian ini tidak dapat diterima sepenuhnya oleh para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. pada peringkat awal kerana menganggap perjanjian ini menguntungkan pihak Arab Quraisy
  • akhirnya, mereka menerimanya sebagai satu pengajaran yang besar
  • demi mencapai kata sepakat dan menjalin hubungan yang baik antara dua pihak, orang Islam menganjurkan perdamaian
  • misi perjuangan Islam dapat dilaksanakan dengan wujudnya keamanan
Tinggalan masjid lama di Hudaibiyah, iaitu tempat bersejarah Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani

Sumber: dzatilawanis.blogspot.com

Kandungan Perjanjian Hudaibiyah
  1. Bersetuju untuk mengadakan gencatan sejata selama 10 tahun
  2. Kabilah Arab yang lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah
  3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan
  4. Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebanaran penjaganya perlu dipulangkan semula
  5. Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7H.)


3 comments:

  1. Apa berlaku kepada saidina uthman bin affan selepas dia ditangkap oleh musyrikin mekah selepas perjanjian Hudaibiyyah?.. Adakah dia tetap berada dalam tahanan musyrikin mekah?

    ReplyDelete