- Makkah merupakan tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan tempat lahirnya agama Islam.
- Selepas 8 tahun tinggal di Madinah dan berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam di situ, baginda akhirnya menguasai semula Kota Makkah pada tahun 630M. Bersamaan 8H..
- Pihak Arab Quraisy didapati melanggar perjanjian Hudaibiyah dan tidak menghormati hak bebas yang dipersetujui bersama.
- Mereka membunuh beberapa orang Bani Khuza'ah yang berpihak kepada Islam.
- Nabi Muhammad s.a.w berpendapat jika Makkah dapat dikuasai, kedudukan kerajaan Islam di Madinah akan menjadi mantap.
- Oleh itu, baginda merancang untuk memasuki kota Makkah secara bijak dan berpegang kepada prinsip aman tanpa kekerasan.
- Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w, al-Abbas dan ketua Arab Quraisy, Abu Sufian telah memeluk Islam.
- Mereka memeluk Islam bukan disebabkan takut tetapi menyedari kepalsuan perjuangan mereka.
- Baginda menyediakan empat pasukan tentera yang terdiri daripada 10000 orang untuk bergerak masuk ke kota Makkah menerusi empat arah iaitu dari arah utara, selatan, barat dan barat daya Makkah .
- Empat pasukan ini ialah pasukan Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah dan Zubair bin al-Awwam.
- Makkah telah berjaya dibuka semula.
- Kecuali penentangan kecil yang diterima oleh pasukan Khalid bin al-Walid, kota Makkah dibuka tanpa mendapat apa-apa rintangan yang besar.
Thursday, 19 July 2012
Pembukaan Semula Kota Makkah
Labels:
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment