Sunday 15 July 2012

Kepentingan Hijrah


Selepas penghijrahan ke Madinah, 


  • dakwah Islamiah dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi
  • baginda juga mendamaikan suku Arab di Madinah melalui semangat persaudaraan sesama Islam
  • orang Islam Makkah dengan orang Islam Madinah juga menjalinkan hubungan persaudaraan
  • orang Islam Makkah tidak berasa asing atau rendah diri
  • Nabi Muhammad memberikan gelaran Muhajirin ( daripada perkataan Arab hajara yang bermakna berpindah ) kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang Islam Madinah yang memberi bantuan kepada Muhajirin digelar Ansar( daripada perkataan Arab nasara yang bermakna menolong ). 
  • sikap orang Ansar terhadap orang Muhajirin : -
  1. menjaga keselamatan 
  2. menyediakan modal untuk berniaga 

  • dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama
  • telah melahirkan kehidupan harmoni di Madinah


Di Madinah, 

  • Nabi Muhammad telah mendirikan masjid pertama : Masjid Quba'
  • masjid kedua : Masjid al-Nabawi
  • tujuan masjid dibina ialah : 
  1. tempat untuk bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam
  2. kawasan persekitaran masjid boleh menjadikan tempat berjual beli
Masjid Quba', iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah perkembangan Islam
                                                 Sumber: coolwallpaperblog.blogspot.com

Masjid al-Nabawi seperti yang dapat dilihat pada hari ini.

Sumber: ahmad-sanusi-husain.com





Masjid al-Nabawi, iaitu masjid kedua yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah

Sumber: loveofislam.wordpress.com




 Sempena hijrah,

  • wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam
  • takwim hijrah mula digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kedua, Khalifah Umar bin al-Khattab
  • pada masa ini, takwim Hijrah digunakan di negara Islam seperti Malaysia
  • setiap tahun, negara kita, Malaysia, mengadakan sambutan '' maal hijrah '' dan matlamatnya adalah untuk mengingati perjuangan umat Islam dahulu agar perkara itu sentiasa segar dalam ingatan generasi sekarang


Setelah hijrah, 
  • Nabi muhammad s.a.w. telah menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah atau kota bercahaya.
  • Pertukaran nama ini menunjukkan usaha baginda untuk menjadikan Madinah sebagai sebuah pusat tamadun Islam dan agama Islam menjadi cara hidup yang rerangkumi semua bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial. 


Hijrah menunjukkan bahawa
  • sikap toleransi kaum dan tolong-menolong boleh melahirkan masyarakat cemerlang
  • orang Madinah sanggup memberikan tempat tinggal, menyediakan makanan dan keperluan asas yang lain, serta menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat madinah
  • ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w. yang sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam. Beliau tidak pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan. Sikap positif baginda perlu dicontohi. 
  • kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. mengatur strategi perjuangan. Semasa berhijrah, baginda tidak terus berangkat ke Madinah tetapi bersembunyi di Gua Thur terlebih dahulu. Beliau memilih jalan ke selatan disebabkan jalan ke Madinah menerusi utara Makkah kurang selamat. 


Hijrah berjaya dengan sokongan dan pengorbanan sahabat Nabi Muhammad s.a.w.. Misalnya, 

  • Abu Bakar al-Siddiq sanggup bergadai nyawa dan harta untuk melindungi baginda semasa berhijrah
  • Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda pada malam penghijrahan untuk mengelirukan orang Arab Quraisy yang mengepung rumah baginda 
  • Abdul Rahman bin Auf, saudagar yang kaya, menyumbangkan hartanya untuk membantu masyarakat Islam yang tidak berkemampuan


Wanita bukan sahaja suri rumah, malah berkemampuan untuk menggerakkan kamajuan sesebuah negara. Contohnya, 

  • puteri Abu Bakar al-Siddiq, Asma'
  • beliau menghantar makanan dan menyampaikan berita tentang gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad s.a.w. di Gua Thur
  • tindakannya berbahaya serta laluan ke Gua Thur berliku dan berbatu besar. 


Nabi Muhammad s.a.w. menyedari bahawa orang Arab Quraisy Makkah akan mengatur strategi untuk menyerang Madinah pada suatu masa kelak. Oleh itu, setelah menyatukan masyarakat Madinah, baginda segera merangka sebuah perlembagaan untuk mentadir Madinah. Perlembagaan tersebut dinamai Piagam Madinah. 




No comments:

Post a Comment